Monday, June 29, 2009

Pengalaman Diri

Pengalaman yang paling berharga dalam hidup adalah apabila kita dapat kenal diri kita lebih daripada kita mengenali orang lain.

Apa yang lebih penting adalah diri kita sendiri compared to others. Kita yang dijadikan untuk mencipta (mencorak) diri kita sendiri dan sesungguhnya orang lain hanyalah sebagai pengaruh yang membolehkan kita menimba pengalaman untuk kita menjadi yang terbaik.

I want to share something, aku mempunyai ilmu dan akal yang dianugerahkan untuk menjadi pemimpin diriku dan orang di dalam lingkungan ku. Aku kadang-kadang silap dalam menilai ilmu yang baik untuk digunakan bagi memimpin diri dan orang lain. Ini menjadi cabaran atau konflik dalam diri samada aku layak memimpin atau hanya perlu di pimpin.

Sejak dilahirkan sehingga sekarang, jiwaku telah disemai dengan keyakinan bahawa hanya seorang aku yang diciptakan (special) dan tiada orang yang serupa dengan aku walaupun mempunyai iras yang sama dengan aku.

Tetapi setelah aku baca dan lihat dengan mata hatiku. Aku sesungguhnya sangat angkuh dengan keistemewaan yang ada pada aku hingga aku lupa bahawa yang istemewa itu adalah pembelian Allah s.w.t. yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

No comments: