30 OGOS 2009 (Ahad)
"Ya Allah, jika ada kebaikan untuk hidupku, maka hidupkanlah aku untuk berbakti kepadaMu dan jika tidak kebaikan untuk hidupku, maka matikan lah aku dalam iman, ya Allah, tuhan Yang Maha Mengetahui rahsia segala rahsia"
Aku sungguh tersentuh dengan doa yang aku dengar dalam Radio IKIM 93.60. Betapa dahulunya aku sentiasa berasakan bahawa hidupku akan ditentukan oleh diriku sendiri dan aku lah yang mengawal hidupku.
Aku sentiasa bangga dengan kejadian ku tanpa mengira semua itu adalah disediakan untuk ku oleh Maha Pencipta.
Di hari yang mulai ini, 9 Ramadhan, aku sedar dan berserah diri padaMu ya Allah bahawa aku bersaksi
"TIADA TUHAN YANG LAYAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH, DAN AKU BERSAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD ADALAH PESURUH ALLAH"
Aku sedar tuhan sentiasa menerima aku seadanya walaupun aku pernah berpaling dariNya.........
Aku yakin hanya Allah lah yang bisa mendengar dan menyelesaikan masalah,keperitan hidup dan yang bisa memberi kehidupan dan kebahagiaan untuk ku.
Ya Allah. hidupku, matiku dan ibadahku hanyalah untukMu...
No comments:
Post a Comment